saya tidak pasti apa yang saya mimpi malam semalam tapi
sekarang ni saya rasa nak senyum je sampai telinga hehe
lepastu berfikir :
ya Tuhan, bahagia yang ku rasa ini biar dariMu
suka yang ku lafaz ini hanya padaMu
senyum ku simpul ini memikirkanMu
benarkah wujud bahagia itu buatku?
footnote :
alah saya tak pasti la macam mana kenapa dan bagaimana tapi saya rasa indah
boleh dengar lagu ini kalau mahu mendalami perasaan indah saya buat masa ini hehe
selamat hari kedua berpuasa!! :)
p/s setiap kali saya dengar lagu ni saya tak de fikir sesiapa okay, cuma saya suka dengar suara aizat amdan, jadi makanya lagu ini saya preserve untuk bakal suami saya
sebelum baca apa yang dituliskan, listen to this :
Yiruma - River Flows in You (Guitar Cover) 1 Hour Version
ada satu hari di saat tak mampu menahan betapa peritnya rindu yang bertamu di hati
lahir sebuah puisi, kala malam, saat tak mampu menghadam apa apa perkataan malah ilmu
yang bakal diperjuangkan keesokan hari, ujian akhir tahun di universiti :
terbaring mendongak kipas
laju sahaja berpusing
waktu sudah terasa macam berhenti
tahu sebenarnya
tak baik fikir panjang
(overthinking)
tapi waktu tu tak mampu nak luah apatah lagi
nak dikata
tak tahu apa yang dirasa ni betul atau tidak
wajar atau bisa
dosa atau pahala
mestilah dosa bukan
rasa bingung
kenapa perlu rasa hadir tanpa bersua
namun cukup membuatku fikir aku berdosa
walau aku tahu aku tak melakukan apa-apa
namun mengapa rasa ini hadir?
aku sendiri tidak tahu mengapa:
dengarkan
sebuah puisi:
rindu yang tertahan
sengaja aku benamkan
tekan ke dasar lautan
terpendam tiada sahutan
rindu yang membuah
sedikit terasa indah
buatku gigit rasa bersalah
benarkah ia salah?
rindu yang ku tuju
di perantaraan sebuah pintu
kudekatkan pada Satu
jernihkan rasa rindu diseru
rindu yang haram
buatkan hati berbalam
tidak mungkin ingin ku padam
menemani rasa setiap malam
rindu yang haram
September, 2019
kawan,
aku tak tahu apa yang aku rasakan sebenarnya
namun deep down aku sentiasa panjatkan pada Tuhan
jangan biar aku sendirian
melewati sepi perasaan
jangan biarku tenggelam
dalam palsu kepekatan malam
jangan biar aku bersedih
kala aku rasa tersisih
jangan biar aku mencinta
jika bukan dia bakal menghuni bahagia
jangan biarkan aku merindu seorang ajnabi
kerana kesalahan itu mungkin biasa pada mereka yang lain
namun janggal pada aku
kerana aku tahu
betapa peritnya kejauhan seorang hamba
yang tersasar daripada penciptaNya
maafkan aku
maka doakanlah juga aku
footnote :
guys saya bukanlah seorang yang alim
biasa biasa je sumpah
maka jangan fikir ke lain okay
hahahahahaha ni jujur
Muskurane ki wajah tum ho gungunane ki wajah tum ho jiya jaaye na jaaye na jaaye na o re piya re
You're the reason for smile.
You're the reason for humming.
I can't live, can't live,
Can't live (without you), O beloved.
O re lamhe tu kahin mat ja ho sake to umr bhar tham ja jiya jaaye na jaaye na jaaye na o re piya re
O moment, don't go anywhere,
If possible, stay here for all life.
I can't live, can't live,
Can't live (without you), O beloved.
Dhoop aaye to chhaanv tum laana Khwaahishon ki barishon mein Bheeg sang jaana
If there is sun, you get the shade
[as in, if there are troubles, you will free me from tensions]
In the rain of wishes,
get drenched with me.
Jiya jaaye na, jaaye na, jaaye na O re piya re Jiya jaaye na, jaaye na, jaaye na O re piya re.. piya re..
Jo miley usmein kaat lenge hum Thodi khushiyaan, thode aansoo Baant lenge hum
Whatever we get, we'll manage in that.
Some joys, some tears,
we'll divide between us.
Jiya jaaye na, jaaye na, jaaye na O re piya re Jiya jaaye na, jaaye na, jaaye na O re piya re.. piya re..
Muskuraane ki vajah tum ho gungunaane ki vajah tum ho jiya jaaye na jaaye na jaaye na o re piya re footnote :
assalamualaikum disebabkan hari ini hari pertama puasa bagi tahun 2020, jangan lah pelik pula sebab saya share lagu ni huhu macam ni sebenarnya i really want to share one of my fav song bilamana saya kesedihan di mana saya ada playlist lagu ni dalam sony walkman saya , dan hanya akan didengar jarang jarang terutamanya bila saya sedih atau naik bas atau apa sahaja lah.
why this song ?
kalau anda telusuri lirik dia kembali anda pasti dapat relate yang mana lagu ini bukan sahaja boleh dituju kepada manusia sahaja. dalam erti kata boleh dituju kepada pencipta kita allahu
You're the reason for smile
You're the reason for humming
I can't live without you
sedihnya syahdu dalam hati saya saat setiap kali mendengar lagu ini susah nak diperkatakan ke dalam bentuk tulisan. this is one of my most personal song yang jarang sekali saya share kepada orang lain, mungkin kerana i feel so personal
mungkin di antara saya dan Dia
kawanku,
jika ada lopong di jauh sudut hati kamu, walau beribu cara kamu mencuba, walau berjuta perlakuan kamu laksana untuk bahagiakan,
jika wujud satu lohong yang maha dalam itu, kawanku
itu tanda Tuhan merinduimu
maka itu sedikit sebanyak bagaimana saya cuba terangkan betapa personalnya lagu ini kepada saya, semoga Tuhan sentiasa merahmati, jumpa lagi di lain entri :)
p/s
jangan terkejut saya share lagu hindi lagi ya pada masa hadapan hehe