sebelum baca apa yang dituliskan, listen to this :
Yiruma - River Flows in You (Guitar Cover) 1 Hour Version
ada satu hari di saat tak mampu menahan betapa peritnya rindu yang bertamu di hati
lahir sebuah puisi, kala malam, saat tak mampu menghadam apa apa perkataan malah ilmu
yang bakal diperjuangkan keesokan hari, ujian akhir tahun di universiti :
terbaring mendongak kipas
laju sahaja berpusing
waktu sudah terasa macam berhenti
tahu sebenarnya
tak baik fikir panjang
(overthinking)
tapi waktu tu tak mampu nak luah apatah lagi
nak dikata
tak tahu apa yang dirasa ni betul atau tidak
wajar atau bisa
dosa atau pahala
mestilah dosa bukan
rasa bingung
kenapa perlu rasa hadir tanpa bersua
namun cukup membuatku fikir aku berdosa
walau aku tahu aku tak melakukan apa-apa
namun mengapa rasa ini hadir?
aku sendiri tidak tahu mengapa:
dengarkan
sebuah puisi:
rindu yang tertahan
sengaja aku benamkan
tekan ke dasar lautan
terpendam tiada sahutan
rindu yang membuah
sedikit terasa indah
buatku gigit rasa bersalah
benarkah ia salah?
rindu yang ku tuju
di perantaraan sebuah pintu
kudekatkan pada Satu
jernihkan rasa rindu diseru
rindu yang haram
buatkan hati berbalam
tidak mungkin ingin ku padam
menemani rasa setiap malam
rindu yang haram
September, 2019
aku tak tahu apa yang aku rasakan sebenarnya
namun deep down aku sentiasa panjatkan pada Tuhan
jangan biar aku sendirian
melewati sepi perasaan
jangan biarku tenggelam
dalam palsu kepekatan malam
jangan biar aku bersedih
kala aku rasa tersisih
jangan biar aku mencinta
jika bukan dia bakal menghuni bahagia
jangan biarkan aku merindu seorang ajnabi
kerana kesalahan itu mungkin biasa pada mereka yang lain
namun janggal pada aku
kerana aku tahu
betapa peritnya kejauhan seorang hamba
yang tersasar daripada penciptaNya
maafkan aku
maka doakanlah juga aku
footnote :
guys saya bukanlah seorang yang alim
biasa biasa je sumpah
maka jangan fikir ke lain okay
hahahahahaha ni jujur
No comments:
Post a Comment